Covid-19: 1,166 kes positif, satu kluster baharu di Sabah

Foto 123RF
Foto 123RF
A
A
A

KOTA KINABALU - Sabah mencatatkan 1,166 kes positif Covid-19 baharu pada Isnin dengan kumpulan berumur 18 hingga 59 tahun menjadi kelompok paling tinggi dijangkiti, menjangkau hingga 793 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, jumlah kes positif baharu Covid-19 itu menjadikan jumlah kumulatif kes jangkitan di Sabah kini 86,889 kes.

Beliau yang juga jurucakap Covid-19 negeri berkata satu kluster direkodkan pada Isnin iaitu Kluster Sibulu di Tenom, yang merupakan penularan jangkitan di tempat kerja iaitu tapak binaan hidro dalam Mukim Kuala Tomani.

Menurutnya kes indeks melibatkan seorang warga asing berumur 46 tahun yang mula bergejala sejak 24 Julai lepas sebelum disahkan positif di Klinik TMC Tenom pada 27 Julai dan dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam untuk rawatan lanjut.

Daripada 114 sampel yang diambil, 55 sampel dikesan positif Covid-19 termasuk 35 kes baharu pada Isnin manakala 54 sampel didapati negatif sementara lima lagi sampel masih menunggu keputusan ujian saringan. - Bernama

Artikel Berkaitan: