X

Kindly register in order to view this article
!

Tahanan keempat lari dari PKRC berjaya diberkas semula

Laporan Sinar Harian pada Ahad.
A
A

PENAMPANG - Polis pada petang Isnin berjaya memberkas semula tahanan keempat yang melarikan diri dari Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri di sini.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, tahanan itu, Mohd Rahman Basir, 24, seorang warganegara Filipina, berjaya diberkas semula hasil maklumat orang awam di Kilometer 3, Jalan Spur, Papar pada jam 2.20 petang.

"Polis mengucapkan terima kasih kepada masyarakat dan semua pihak terlibat dalam membantu menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya tahanan yang diburu sejak semalam.

"Sehubungan itu orang ramai yang mempunyai kontak rapat atau pernah bertemu dengan keempat-empat tahanan ini semasa mereka meloloskan diri supaya segera tampil untuk membuat ujian saringan Covid-19," katanya menerusi kenyataan malam Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga tahanan larikan diri berjaya diberkas, satu masih diburu

Pada 24 Julai lepas, empat tahanan dipindahkan dari Balai Polis Penampang ke PKRC itu selepas disahkan positif Covid-19, sebelum mereka didapati melarikan diri daripada pusat kuarantin berkenaan pukul 3.30 pagi Ahad.

Tiga tahanan itu terdiri daripada dua warga Filipina Mohd Diyazmir Razif Rudyaz, 20, dan Salman Arip, 19, serta seorang warga tempatan Arippian Abdul, 27, ditahan di Lorong Wijaya 1, Taman Wijaya, Menggatal, Kota Kinabalu, pada 5.45 petang Ahad. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!