X

Kindly register in order to view this article
!

Peranan rakyat kunci kejayaan Perlis beralih ke Fasa Tiga PPN

Azlan Man
A
A

KANGAR - Peranan rakyat Perlis yang sentiasa memberi kerjasama dan sokongan kepada usaha kerajaan memerangi Covid-19 serta pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) adalah kunci kepada kejayaannya menjadi antara negeri terawal beralih ke Fasa Ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man.

Beliau berkata, mengikut laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perlis mencatat kadar pematuhan SOP yang tertinggi iaitu melebihi 97 peratus.

“Kejayaan ini merupakan hasil usaha bersama semua rakyat Perlis tidak kira sama ada rakyat biasa, petugas barisan hadapan, parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan kakitangan kerajaan yang sama-sama berkerja keras selama ini membawa Perlis ke Fasa Tiga PPN.

“Semua orang telah memainkan peranan... setiap orang adalah ‘hero’ di sini,” katanya ketika dihubungi Bernama sebagai mengulas pengumuman oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin bahawa Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan beralih ke Fasa Tiga PPN bermula Rabu ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Perlis, Sarawak dan Labuan beralih ke Fasa 3 PPN mulai Rabu

Beliau seterusnya menasihati rakyat Perlis agar terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi membendung penularan wabak Covid-19 kerana penyakit itu tidak hilang sepenuhnya, ia akan sentiasa ada.

“Kita perlu belajar mengubah cara hidup dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan sebagai norma hidup yang baharu bagi mengelak risiko jangkitan,” katanya.

Sementara itu rata-rata orang ramai yang ditemui menyifatkan pengumuman Perdana Menteri itu sebagai satu berita gembira buat semua rakyat Perlis.

Seorang penjawat awam Norhafizah Saidin, 50, ketika dihubungi berkata, kejayaan ini adalah hasil usaha bersama rakyat perlu dalam mematuhi SOP selama ini.

"Terima kasih buat Menteri Besar dan pihak petugas barisan hadapan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bekerja keras selama ini demi rakyat," kata ibu kepada seorang anak itu.

Turut berkongsi kegembiraan ialah pengusaha restoran yang hanya ingin dikenali sebagai Yana, yang berharap perniagaan kedai makannya akan kembali meriah selepas ini.

"Pendapatan saya hanya cukup makan sebelum ini..Alhamdulillah apabila orang ramai kembali dibenarkan makan di kedai ia dapat membantu kami," katanya. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!