Maqis rampas lebih 49 tan pasir kucing tanpa permit

Dua kontena berisi lebih 49;tan pasir kucing yang dirampas pihak Maqis selepas didapati cuba dibawa masuk melalui Pelabuhan Kuantan tanpa permit import sah.
Dua kontena berisi lebih 49;tan pasir kucing yang dirampas pihak Maqis selepas didapati cuba dibawa masuk melalui Pelabuhan Kuantan tanpa permit import sah.
A
A
A

KUANTAN - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas dua kontena berisi 49.9 tan pasir kucing yang cuba dibawa masuk tanpa permit import sah melalui Pelabuhan Kuantan di sini pada Isnin.

Maqis dalam kenyataan menjelaskan, barang dagangan dipercayai dari negara China itu dianggarkan bernilai RM39,406.13.

Menurutnya, kesemua barang dagangan terbabit itu dirampas untuk tindakan lanjut selepas pihak terlibat gagal mengemukakan permit import Maqis ketika pemeriksaan rutin dijalankan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

"Jika disabitkan kesalahan, pihak terlibat boleh didenda di bawah Seksyen 11(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara sehingga enam tahun atau kedua-duanya sekali," jelas kenyataan agensi itu pada Isnin.

Menurut kenyataan itu, bagi kesalahan kedua atau berikutnya, denda tidak melebihi RM150,000 atau penjara sehingga tujuh tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

"Sehubungan itu, Maqis akan terus melakukan pemeriksaan di semua pintu masuk negara bagi memastikan komoditi pertanian, ikan dan haiwan yang masuk atau keluar dari negara ini mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan kerajaan," katanya.

Artikel Berkaitan: