1.28 juta penduduk Selangor lengkap dos kedua vaksinasi

Info grafik yang dimuat naik Amirudin di Facebook beliau pada Isnin
Info grafik yang dimuat naik Amirudin di Facebook beliau pada Isnin
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 1.28 juta orang atau 27 peratus penduduk di Selangor sudah lengkap dua dos vaksinasi setakat Isnin.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sehingga kini, sejumlah 4.58 juta dos vaksin telah disuntik di negeri tersebut.

"Menerusi Program Vaksin Selangor atau SelVax pula, tambahan sebanyak 207,368 dos telah disuntik kepada penduduk Selangor," katanya yang memuat naik status di Facebook beliau pada Isnin.

Menerusi perkongsian info grafik pencapaian vaksinasi Covid-19 Selangor di Facebook Amirudin pula menunjukkan, sebanyak 3.30 juta atau 69.5 peratus telah menerima dos pertama.

Amirudin semalam melaporkan, kadar pemberian vaksinasi harian di Selangor pada Jumaat dan Sabtu lalu berjaya melepasi sasaran pada Julai membabitkan pemberian melebihi 135,000 dos sehari.

Tambahnya, mengikut statistik, Selangor merekodkan pemberian vaksin sebanyak 159,000 dos pada Jumaat dan 152,000 dos pada Sabtu.

Beliau berkata, jumlah itu tidak termasuk kadar vaksinasi harian menerusi Program SelVax yang melibatkan sebanyak 15,000 dos sehari.

Artikel Berkaitan: