X

Kindly register in order to view this article
!

Dua pemilik, tiga pekerja kilang dikompaun gagal patuhi SOP

Yusuh (tengah) memeriksa dokumen berkaitan operasi kilang dalam Ops Patuh yang dijalankan di KKIA, Kota Kinabalu pada Isnin.
A
A

KOTA KINABALU - Walaupun sudah sebulan Ops Patuh dilaksanakan namun masih terdapat majikan dan pekerja industri perkilangan mengambil ringan berhubung pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketika kilang beroperasi.

Ops Patuh yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu bersama Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah pada Isnin mengeluarkan sebanyak lima kompaun kepada pemilik dan pekerja kilang di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) di sini.

Dalam operasi bermula jam 2 petang itu, dua majikan membabitkan kilang pembungkusan beras dan air minuman masing-masing dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 manakala tiga pekerja dikenakan kompaun RM2,000 setiap seorang.

Ketua JPJKK, Senior Asisten Komisioner Yusuh Mat Tais berkata, operasi itu dilaksanakan di seluruh Sabah, namun di Kota Kinabalu terdapat enam kilang diperiksa dan dua daripada dikesan berlaku pelanggaran SOP.

Katanya, pemeriksaan awal mendapati kedua-dua kilang itu menuruti syarat yang dibenarkan termasuk jumlah pekerja dibenarkan ketika beroperasi.

"Kedua-dua kilang ini beroperasi masing-masing dengan 50 dan 60 pekerja dalam satu-satu masa.

"Bagaimanapun, pemeriksaan pada aplikasi MySejahtera mendapati ada tiga pekerja gagal membuat imbasan kod menyebabkan mereka dikenakan kompaun termasuk pemilik kilang kerana cuai iaitu membenarkan pekerja yang tidak mengimbas MySejahtera masuk ke premis dan nilai keseluruhan kompaun adalah sebanyak RM26,000, " katanya kepada pemberita selepas menjalankan Ops Patuh itu.

Hadir sama ialah Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah.

Beliau berkata, tindakan diambil di bawah Perkara 18 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan tempatan jangkitan) (No 4) 2021.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!