X

Kindly register in order to view this article
!

Pusat Pemberian Vaksinasi Walk-In

A
A

Orang ramai mula tiba di Pusat Konvensyen Kuala Lumpul seawal 12 tengah hari untuk membuat pendaftaran penerimaan vaksinasi masing-masing.

Pusat pemberian vaksin (PPV) di lokasi tersebut menjalankan vaksinasi secara jumpa terus atau ‘walk-in’ tanpa janji temu bagi penduduk di Lembah Klang bermula hari ini hingga 22 Ogos ini.

Pada hari pertama operasi, seramai 500 penerima vaksin telah membuat pendaftaran. Vaksinasi secara jumpa terus yang bermula pukul 2 petang tadi melibatkan tiga saluran iaitu HCO F, HCO G dan HCO H dan operasinya dimulakan khusus bagi golongan berumur 40 tahun ke atas atau golongan ‘komorbid’ (kumpulan berisiko tinggi untuk mengalami kesan yang teruk daripada Covid-19 sekiranya dijangkiti).

Sebagai permulaan, jumlah vaksinasi yang akan diberikan adalah sebanyak 3,600 namun kapasiti akan ditingkatkan bergantung kepada jumlah kehadiran dengan jumlah maksimum sebanyak 8,000 suntikan sehari


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!