X

Kindly register in order to view this article
!

Tutup jalan, 500 anggota bertugas: Polis KL

Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) melakukan sekatan bagi mengawal keadaan di sekitar Jalan Parlimen hari ini. -Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Polis telah menutup beberapa jalan di ibu negara selepas menerima maklumat mengenai himpunan Solidariti Bersama Anwar Ibrahim, pada Isnin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pada masa sama menurunkan lebih 500 anggota untuk bertugas.

"Sebelum itu polis mendapatkan maklumat lanjut daripada parlimen dan mendapat pengesahan bahawa tiada sidang parlimen diadakan pada hari ini (Isnin).

"Selepas mendapat pengesahan daripada pihak parlimen dan berdasarkan perkara tersebut polis membuat sekatan dan lencongan jalan untuk menjaga keselamatan masyarakat termasuk ahli parlimen," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur pada Isnin.

"Pada masa sama menempatkan lebih 500 anggota untuk tugasan ini," katanya.

Pada Isnin, Ahli Parlimen Pembangkang mula berhimpun di Dataran Merdeka apabila tidak dibenarkan memasuki bangunan parlimen pada Isnin.

Antara yang kelihatan ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng; Ahli Parlimen Kota Raja, Mohammad Sabu; Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!