AirAsia pantau krisis yang semakin memuncak di Utara India, Pakistan

AirAsia
AirAsia
A
A
A

SYARIKAT penerbangan tambang rendah, AirAsia telah mengeluarkan amaran perjalanan membabitkan destinasi di Utara India selepas ketegangan antara India dan Pakistan memuncak.

"Kami sedang memantau keadaan di Utara India dan sebarang impak ke atas perkhidmatan kami di Amritsar dan Srinagar. Kami menyarankan para pelanggan untuk memantau status penerbangan mereka pada http://airasia.com/flightstatus,” kata syarikat itu melalui Twitter rasminya.

Sementara itu, Indian Airlines dilaporkan telah menghentikan perkhidmatan membabitkan bandar-bandar di Utara India seperti Amritsar, Chandigarh, Dehradum, Jammu, Leh dan Srinagar.

Associates Press juga menciap bahawa Penerbangan Awam Pakistan telah menutup ruang udara kepada kesemua penerbangan komersil berikutan ketegangan yang berlaku antara New Delhi dan Islamabad, kedua-duanya memiliki senjata nuklear dan telah bertegang urat sejak serangan pengganas di Pulwama, India pada 14 Feb 2019 yang telah menyebabkan lebih 40 orang terbunuh dan ramai tercedera.

Menurut laporan, kumpulan militan yang berpangkalan di Pakistan, Jaish-e-Mohammed mendakwa bertanggungjawab ke atas serangan tersebut.

Sementara itu, Kementerian Luar Negeri berkata Malaysia agak prihatin dengan ketegangan antara India dan Pakistan.

"Sebagai sebuah negara dengan rapat dan ada hubungan dengan kedua-dua negara, kami menggalakkan mereka untuk men

"Sama seperti kebanyakan negara lain, Malaysia mahu mewujudkan persekitaran antarabangsa yang damai dan stabil," kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Artikel Berkaitan:

Memandangkan keseriusan masalah tersebut, kementerian menyarankan rakyat Malaysia supaya mereka menangguhkan perjalanan yang tidak penting, terutamanya ke kawasan-kawasan yang menerima kesan langsung.

"Kementerian Luar Negeri, melalui pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Delhi serta Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Islamabad akan terus memantau situasi ini dan menjalinkan hubungan rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi kemas kini. - Bernama