Suspek pecah kedai miliki 20 rekod jenayah diberkas

Pakaian dan peralatan yang digunakan oleh suspek dalam kejadian pecah kedai di Sri Petaling, Kuala Lumpur pada Ahad.
Pakaian dan peralatan yang digunakan oleh suspek dalam kejadian pecah kedai di Sri Petaling, Kuala Lumpur pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki yang mempunyai 20 rekod jenayah lampau kerana disyaki terlibat dalam kejadian pecah kedai di Sri Petaling di sini, pada Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superitendan Basri Sagoni berkata, lelaki berusia 38 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah bilik di Jalan Radin Anum 2, sekitar jam 6.25 petang pada Ahad.

“Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Brickfields dengan berpandukan analisa rakaman CCTV di tempat kejadian, telah buat serbuan serta pemeriksaan di sebuah bilik.

“Dalam serbuan ini, suspek menunjukkan pakaian dan peralatan yang digunakan semasa melakukan jenayah pecah kedai,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, laporan dibuat oleh pekerja kedai serbaneka terbabit pada jam 1.55 petang selepas menyedari pintu gril bahagian belakang sudah dirosakkan dan kedai dalam keadaan bersepah.

Suspek direman tiga hari bermula Isnin hingga 4 Ogos ini.

Artikel Berkaitan: