Agong kurnia gelaran bagi Kerabat Bergelar, Orang Besar Negeri Pahang

Tengku Zulkifly Tengku Ahmad dan Tengku Azlan
Tengku Zulkifly Tengku Ahmad dan Tengku Azlan
A
A
A

KUANTAN - Yang di-Pertuan Agong, Al- Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan gelaran bagi Kerabat Bergelar dan Orang-orang Besar Negeri Pahang.

Pengurniaan gelaran itu melibatkan tiga penerima iaitu Kerabat Bergelar, Tengku Tan Sri Azlan Sultan Abu Bakar yang dikurniakan gelaran Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar.

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata, gelaran diterima bekas Ahli Parlimen Jerantut itu berkuatkuasa 30 Julai lalu.

Menurutnya, turut diperkenankan pengurniaan gelaran Yang Dihormati Mulia Orang Kaya Indera Segara kepada Orang Besar Berempat Tengku Datuk Sri Zulkifly Tengku Ahmad yang berkuatkuasa 15 Julai lalu.

"Sementara itu, Ariffuddin Mohamud dikurniakan gelaran Yang Hormat Tok Pentara Raja juga berkuatkuasa pada 15 Julai lalu," katanya melalui satu kenyataan pada Isnin.

Ahmad Khirrizal turut memaklumkan, pengisytiharan pengurniaan gelaran itu selaras Perkara 28 (bahagian pertama) Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang yang memperuntukkan bahawa Raja Pemerintah punca bagi segala pangkat-pangkat kebesaran dan kemuliaan dalam negeri ini.

"Sebagai Sultan Pahang, hanya baginda sahaja yang berhak mengurniakan gelaran dan pangkat kemuliaan dan mengadakan pangkat kebesaran atau kurniaan," katanya.

Tambah beliau, di bawah Fasal (1) Perkara 29 (Bahagian Pertama) Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang memperuntukkan Raja Pemerintah berhak mengurniakan gelaran kepada siapa sahaja sama ada raja atau bukan raja.

Artikel Berkaitan: