Bantah sekatan pergerakan, hampir 600 penunjuk perasaan ditahan

Hampir 600 orang ditahan semasa tunjuk perasaan membantah vaksinasi dan sekatan pergerakan Covid-19 di Berlin, Jerman. Foto AP
Hampir 600 orang ditahan semasa tunjuk perasaan membantah vaksinasi dan sekatan pergerakan Covid-19 di Berlin, Jerman. Foto AP
A
A
A

BERLIN - Hampir 600 orang ditahan semasa tunjuk perasaan membantah vaksinasi dan sekatan pergerakan Covid-19 di Berlin, Jerman, manakala lebih 10 pegawai penguat kuasa cedera, kata jurucakap polis Berlin, Thilo Cablitz kepada Sputnik.

Gerakan Covid-sceptic Querdenken menganjurkan demonstrasi pada Ahad meskipun pihak berkuasa Berlin melarang sebarang perhimpunan.

"Setakat ini, hampir 600 orang telah ditahan. Ada yang ditahan untuk tujuan kenal pasti identiti dan ada juga yang ditahan kerana melakukan kesalahan serius,” kata Cablitz.

Polis terpaksa menyuraikan penunjuk perasaan serta mengadakan sekatan di jalan raya dan di kawasan dataran untuk mengelak penunjuk perasaan bergerak dan berkumpul dalam kumpulan yang lebih besar.

Cablitz menganggarkan lebih 5,000 orang menyertai tunjuk perasaan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: