X

Kindly register in order to view this article
!

PKPD di lima lokaliti di Sabah, Kelantan, Sarawak

PKPD akan dilaksanakan di beberapa lokaliti di Sarawak, Sabah dan Kelantan bermula Rabu ini sehingga 17 Ogos. - Foto hiasan.
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikuatkuasakan terhadap terhadap lima lokaliti melibatkan Sabah, Kelantan dan Sarawak bermula pada 4 Ogos sehingga 17 Ogos ini.

Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, dua lokaliti di Beafort, Sabah yang dikenakan PKPD ialah Kampung Selagon dan Kampung Binsulok.

Menurut beliau, PKPD di Kelantan melibatkan Kampung Belian, Mukim Sungai Pinang, Tumpat dan Kampung Tok Sadang, Mukim Badang, Kota Bharu manakala kawasan Sarawak membabitkan Kuarters Pekerja Ladang Palmlyn, Mukah.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini.

“Maklumat lanjut boleh diakses di www.mkn.gov.my,” katanya dalam satu kenyataan mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan PKPD pada Isnin.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, kerajaan juga bersetuju untuk melanjutkan PKPD di 16 lokaliti di Terengganu dan Pahang berkuatkuasa pada 4 Ogos.

Katanya, bagi Terengganu, lokaliti yang terlibat adalah di mukim Kuala Dungun, Dungun iaitu Sungai Buaya, Tanah Lot, Lembah, Padang Jambu, Nibong, Bukit Chatak, Kampung Molek, Bijangga, Sungai Udang dan Sungai Penaga; manakala, Mukim Bandi, Kemaman membabitkan Bandar Cheneh Baru serta Felda Neram 2.

“Di Pahang, tiga lokaliti dalam mukim Ulu Dong, Raub, Pahang termasuk Kampung Bedu, Kampung Temalian dan Kampung Pamah Kulat, sementara Sabah melibatkan Kampung Pituru Kinarut, Papar,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, PKPD di 13 lokaliti di Pahang, Melaka, Sabah dan Kelantan akan ditamatkan pada 3 Ogos seperti yang dijadualkan.

Jelasnya, di lokaliti di Pahang merangkumi kawasan mukim Ulu Jelai, Lipis, Pahang iaitu Kampung Kabang dan Kampung Sat.

Tambah beliau, lokaliti lain termasuk Penjara Sungai Udang (kecuali Kuarters Penjara), Melaka Tengah, Melaka dan Kampung Gong Jering, Mukim Bukit Jawa,Pasir Puteh, Kelantan.

“Bagi Sabah, lokaliti terlibat ialah Kampung Marau, Sipitang; Kampung Kebawang, Sipitang; Kampung Meruntum, Putatan dan dua lokaliti di Penampang, Sabah iaitu Beverly Hills Fasa Satu dan Cybercity Fasa Dua.

“Selain itu, empat lokaliti di Kota Kinabalu, Sabah termasuk Jalan Kampung Likas Simpang Tiga; Api-api Centre; Taman Ujana Kingfisher, Likas serta Kampung Salut, Telipok,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!