X

Kindly register in order to view this article
!

Pembangkang cuma cari publisiti murahan: Pas

Mohd Amar
A
A

KOTA BHARU - Tindakan pembangkang seperti ‘mempermainkan’ peluang diberikan semasa pembukaan parlimen tempoh hari dengan banyak membuat 'bising' dilihat cuba mencari publisiti murahan untuk terus nampak kekal relevan di mata masyarakat.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pembangkang seharusnya mengambil ruang pembukaan parlimen itu sebagai jalan terbaik untuk berbincang mengenai kebajikan rakyat.

“Pembangkang cuba politikkan isu, cari publisiti. Itu isu yang sebenar. Pembukaan parlimen tidak dimanfaatkan sedangkan kerajaan bagi ruang untuk berbahas dan sebagainya. Hanya beberapa orang yang ambil peluang berkenaan (berbahas) tetapi yang lain bangun untuk buat bising.

“Lebih baik tidak perlu buka parlimen kalau sekadar mahu buat bising. Buang masa jika asyik ‘point of order’ saja.

“Bagilah cadangan, apa yang perlu kerajaan buat dan perbetulkan, bukan isu politik semata-mata tetapi untuk kepentingan rakyat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabat Dun Panchor, di sini pada Isnin.

Menurutnya, isu penangguhan parlimen beberapa hari lalu adalah berdasarkan isu Covid-19 dan ia tidak perlu dipolemikkan memandangkan kerajaan masih mempunyai banyak masa berdasarkan jadual rasmi parlimen iaitu pada September dan Oktober.

Pada Khamis lalu, sidang Dewan Rakyat ditangguhkan sehingga Isnin berikutan terdapat dua lagi kes positif Covid-19 yang dikesan hasil ujian saringan di parlimen pada hari berkenaan.

Rata-rata ahli parlimen pembangkang tidak bersetuju dengan penangguhan tersebut.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!