X

Kindly register in order to view this article
!

UMNO Kedah tidak gentar hadapi Pejuang

Othman menolak kerusi roda seorang warga emas, Che Jam Abdul Hamid,79 yang hadir untuk meneima vaksin di PPV SMK Jerlun, pada Isnin.
A
A

JERLUN - UMNO Kedah tidak gentar dengan kehadiran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang dipercayai akan menjadikan negeri itu sebagai tumpuan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Othman Aziz berkata, mereka bersedia untuk menghadapi PRU akan datang walau siapa pun yang menjadi tentangan.

Katanya, UMNO akan menggariskan manifesto dan strategi yang berkesan untuk memastikan parti itu kembali memerintah negeri berkenaan bersama rakan-rakan yang lain.

"UMNO tak takut kepada Pejuang dan bersedia untuk hadapi PRU tidak kira satu penjuru, dua penjuru atau tiga penjuru, tertakluk kepada keputusan yang akan dibuat oleh kepimpinan atasan," katanya ketika ditemui selepas membuat lawatan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerlun di sini pada Isnin.

Menurutnya, rakyat harus sedar tujuan utama pemilihan wakil rakyat adalah untuk memberi khidmat kepada mereka.

"Tetapi kalau mereka tidak menjalankan khidmat dan hanya datang untuk bertanding kemudian selebihnya berada di Kuala Lumpur, ia tidak bermakna untuk rakyat sedangkan banyak masalah sekarang terutama bab kesihatan, pembangunan luar bandar dan lain - lain yang perlu diberi perhatian," katanya.

Othman menambah, beliau yakin rakyat mula menyedari hanya kerajaan dipimpin UMNO-BN yang mampu memenuhi hasrat dan aspirasi mereka dalam segala bidang.

Sebelum ini, Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu, parti berkenaan akan meletakkan calon dalam jumlah yang ramai untuk bertanding pada PRU-15.

Dr Mahathir berkata, Parlimen Langkawi merupakan kawasan yang menjadi tumpuan Pejuang selain beberapa kawasan Parlimen lain bakal ditandingi.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!