X

Kindly register in order to view this article
!

Padah tunjuk kemaluan, pengumpul besi buruk dijel 14 hari

Seorang pengumpul besi buruk dipenjara 14 hari oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah menunjukkan kemaluan dan mengejar seorang peniaga wanita di tempat awam pada 27 Julai lalu.
A
A

PETALING JAYA - Tindakan seorang pengumpul besi buruk menunjukkan kemaluan dan mengejar seorang peniaga wanita di tempat awam membawa padah apabila dipenjara selama 14 hari oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin.

R Premkumar, 32, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didapati mendatangkan kegusaran kepada seorang wanita dengan membuka seluar, menunjukkan kemaluan dan mengejar wanita tersebut.

Kesalahan itu dilakukan di Pusat Bandar Puchong pada jam 1 tengah hari, 27 Julai lalu.

Atas kesalahan itu, dia boleh dihukum di bawah Seksyen 294 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar dikenakan hukuman ringan kerana tidak mampu membayar denda.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Zamriah Zarifah Aris mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, ketika mangsa bersama seorang lagi individu sedang berniaga di tepi jalan, dia telah didatangi tertuduh yang dalam keadaan mabuk sambil meminta wang.

Selepas mendapati mangsa tidak mengendahkannya, tertuduh bertindak membuka seluar dan menunjukkan kemaluan kepada mangsa.

Takut dengan kejadian tersebut, mangsa melarikan diri dan masuk ke dalam kereta namun dikejar oleh tertuduh.

Mangsa bagaimanapun bernasib baik apabila dua anggota polis yang sedang menjalankan tugas Ops Covid-19 di kawasan tersebut datang membantunya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!