X

Kindly register in order to view this article
!

KPDNHEP serbu premis jual LPG tanpa lesen

Penguatkuasa KPDNHEP menunjukkan sebahagian tong LPG yang dirampas menerusi serbuan yang dilakukan di Taman Daya pada Sabtu.
A
A

JOHOR BAHRU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyerbu sebuah premis yang dipercayai menjalankan perniagaan menjual gas petroleum cecair (LPG) tanpa lesen di Taman Daya di sini, pada Sabtu.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Johor, Mohd Hanizam Kechek berkata, operasi dijalankan sepasukan anggota penguat kuasa kira-kira jam 10 pagi.

"Serbuan yang dilakukan hasil daripada makluman awam dan risikan yang dijalankan selama empat minggu. Risikan mendapati premis terbabit digunakan sebagai tempat untuk menjalankan aktiviti penjualan.

"Selain itu premis terbabit juga dijadikan sebagai tempat pengedaran dan penyimpanan tong-tong LPG sebelum diedar ke kawasan sekitar," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut Mohd Hanizam, menerusi serbuan itu pihaknya merampas sebanyak 92 tong LPG seberat 14 kilogram, sebuah lori serta tiga buah motosikal dianggarkan bernilai RM26,800.

"Dalam serbuan ini juga seorang lelaki warganegara asing berumur 30 tahun yang berada dalam premis ditahan bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

"Jika sabit kesalahan, pemilik premis boleh didenda tidak lebih RM1 juta bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!