X

Kindly register in order to view this article
!

Yob perlu menang kesemua baki perlawanan

Chong Yee Fatt
A
A

PERAK FC tidak mempunyai pilihan kecuali menang kesemua baki perlawanan Liga Super sekiranya berhajat kekal dalam saingan elit Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Perkara itu ditegaskan pengendali The Bos Gaurus, Chong Yee Fatt selepas menyaksikan skuad kendaliannya dibelasah 5-0 pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim.

“Kita masih ada lagi enam perlawanan musim ini, jadi kita tidak ada pilihan selain memenangi kesemua perlawanan berkenaan. Ya, ia memang satu tugas yang sangat sukar tetapi kita tidak ada pilihan lain.

“Dalam masa sama, kita juga tidak boleh bergantung kepada keputusan perlawanan pasukan lain kerana tanggungjawab berkenaan adalah terletak kepada kita seluruhnya,” katanya selepas perlawanan pada Sabtu.

Mengulas kekalahan itu, Yee Fatt berkata, pemain The Bos Gaurus tidak beraksi pada tahap sebenar sebaliknya sering hilang fokus sepanjang perlawanan.

Malah katanya, strategi untuk melakukan serangan balas dalam usaha merobek gawang JDT juga gagal dilaksanakan dengan baik.

“Kami hadir dengan minda yang positif, tetapi malangnya pemain dilihat hilang fokus. Selain itu, saya fikir mungkin mereka terlalu menghormati lawan (JDT) hingga mengakibatkan aksi yang tidak konsisten.

“Apa pun, kita mengharapkan agar pemain dapat segera bangkit dan bersedia untuk perlawanan akan datang,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!