X

Kindly register in order to view this article
!

11 peserta, penganjur himpunan 'Keluar dan #Lawan' beri keterangan

Antara peserta himpunan 'Keluar dan #Lawan' yang diadakan pada Sabtu.
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 11 individu yang dipercayai penganjur dan peserta himpunan 'Keluar dan #Lawan' di Dataran Merdeka, Sabtu lalu dirakam keterangan pada Isnin.

Jurucakap Sekretariat Soladiriti Rakyat, Mohammad Asraf Sharafi berkata, proses merakam keterangan mengambil masa lebih dua jam.

"Kami dan beberapa individu lain dirakam keterangan bermula kira-kira jam 10.30 pagi tadi disusuli bersama beberapa rakan-rakan lain.

"Semasa himpunan diadakan pada Sabtu lalu itu, kami mematuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dengan memakai pelitup muka dua lapis, sarung tangan dan penghadang muka," katanya kepada pemberita selepas selesai dirakam keterangan di IPD Dang Wangi, pada Isnin.

Katanya, himpunan yang diadakan itu juga dipantau oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

"Himpunan tersebut dipantau Suhakam yang mana mendapati kami kesemuanya mematuhi SOP yang ditetapkan.

"Polis menyatakan siasatan dilakukan mengikut Akta 342 selepas dikatakan melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021," katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, lapan daripada 11 individu yang dipanggil selesai memberikan keterangan manakala dua lagi baru tiba untuk rakaman percakapan sehingga jam 12.45 tengah hari.

Lapan individu terlibat dilihat hadir bersama peguam masing-masing.

Pada Ahad, parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menerusi kenyataan meminta agar pihak berkuasa menghentikan gangguan dan intidimasi terhadap peserta himpunan berkenaan.

"Kami dimaklumkan beberapa peserta himpunan aman #Lawan telah dipanggil oleh pihak berkuasa untuk disoal siasat.

"Seharusnya pihak berkuasa lebih memberi tumpuan dalam menyiasat perkara-perkara yang lebih penting dari sekumpulan anak muda yang menzahirkan kehampaan mereka terhadap kegagalan kerajaan Perikatan Nasional," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!