15,764 kes baharu positif Covid-19 hari ini

Bilangan kes baharu positif Covid-19 di Malaysia menurun kepada 15,764 kes hari ini berbanding 17,150 kes pada Ahad. Foto hiasan.
Bilangan kes baharu positif Covid-19 di Malaysia menurun kepada 15,764 kes hari ini berbanding 17,150 kes pada Ahad. Foto hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Jumlah kes baharu Covid-19 turun kepada 15,764 dalam tempoh 24 jam lepas berbanding 17,150 kes dicatatkan pada Ahad.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu itu menjadikan kumulatif kes di Malaysia kini 1,146,186 kes.

Katanya, Selangor kekal dengan kes harian tertinggi sebanyak 6,067 kes diikuti Kuala Lumpur (1,536), Johor (1,222), Sabah (1,166) dan Kedah (1,108).

Negeri Sembilan pula merekodkan sebanyak 862 kes baharu, Perak (748), Pulau Pinang (667), Kelantan (552), Pahang (475), Melaka (463), Terengganu (425), Sarawak (411), Putrajaya (46), Perlis (sembilan) dan Labuan (tujuh).

“Sebanyak 286 kes adalah daripada kategori tiga, empat dan lima manakala sebanyak 15,478 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

“Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif 1,146,186.

"Sebanyak 199,051 kes aktif dilapor di seluruh negara," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, terdapat 1,063 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 532 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham berkata, KKM merekodkan 219 kes kematian membabitkan 201 rakyat tempatan dan 18 warga asing.

"Kes kematian pada hari ini (Isnin) yang melibatkan Selangor 105 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (41), Johor (24), Melaka (sembilan), Pahang (lapan) dan Negeri Sembilan (tujuh).

“Bagi negeri Kedah dan Perak masing-masing mencatatkan enam kes kematian diikuti, empat di Kelantan dan Terengganu, Sabah (tiga), serta satu kes di Labuan dan Perlis.

“Berdasarkan data yang dikeluarkan, terdapat 21 kes jenazah dibawa ke hospital (BID) dan selebihnya meninggal dunia di hospital,” katanya.

Sementara itu, sebanyak 11,767 kes kes dilapor telah sembuh sekali gus menjadikan jumlah kumulatif 937,732 kes.

"Ia bersamaan dengan 81.8 peratus daripada keseluruhan kes," katanya.

Pada perkembangan sama, Perlis merekodkan kadar kebolehjangkitan yang tertinggi iaitu 1.53 melebihi nilai kebangsaan, 1.08.

Ia diikuti Kelantan (1.35) Kelantan (1.25), Kedah (1.22), Pulau Pinang (1.20), Sabah (1.19). Perak (1.19), Putrajaya (1.16), Pahang (1.16), Johor (1.14), Kuala Lumpur (1.12), Sarawak (1.10), Melaka (1.10) dan Selangor (1.08).

"Hanya dua negeri sahaja direkodkan kadar kebolehjangkitan bawah 1.0 iaitu Negeri Sembilan (0.92) dan Labuan (0.68)," katanya.

Tambahnya, orang ramai termasuk individu yang telah mendapat suntikan vaksinasi dinasihati agar terus mematuhi saranan dan nasihat kesihatan yang telah ditetapkan.