Jualan bersih ekuiti tempatan meningkat

Penjualan bersih ekuiti tempatan oleh pelabur asing melonjak minggu lepas dengan sejumlah RM579.6 juta bersih ekuiti tempatan telah dilupuskan berbanding penjualan RM147.8 juta bersih pada minggu sebelumnya.
Penjualan bersih ekuiti tempatan oleh pelabur asing melonjak minggu lepas dengan sejumlah RM579.6 juta bersih ekuiti tempatan telah dilupuskan berbanding penjualan RM147.8 juta bersih pada minggu sebelumnya.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penjualan bersih ekuiti tempatan oleh pelabur asing melonjak minggu lepas dengan sejumlah RM579.6 juta bersih ekuiti tempatan telah dilupuskan berbanding penjualan RM147.8 juta bersih pada minggu sebelumnya.

Ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata, Bursa Malaysia memulakan urus niaga pada Isnin minggu lepas dengan menyaksikan pelabur antarabangsa menjual sejumlah RM139.0 juta bersih ekuiti tempatan.

Beliau menambah, sentimen pada Isnin terjejas berikutan kegiatan penjualan di pasaran ekuiti China selepas kerajaan negara itu melarang operasi pengajaran berunsurkan keuntungan dalam mata pelajaran teras diajar di sekolah sekali gus menyebabkan kaunter berkaitan pendidikan mengalami kesan yang teruk.

"Urus niaga Selasa pula menyaksikan aliran keluar bersih asing yang lebih kecil sebanyak RM51.7 juta bersih menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) (Fed) selama dua hari bermula pada minggu berkenaan.

"Pelabur terus menantikan petunjuk daripada Persekutuan AS mengenai sebarang hala tuju untuk mengurangkan pembelian aset terutama selepas AS berterusan mencatatkan kadar inflasi yang lebih tinggi pada bulan Jun tahun ini," katanya kepada Bernama.

Menurut Adam, penjualan bersih asing terus menurun kepada RM39.1 juta bersih pada hari Rabu kerana jumlah kes Covid-19 harian di negara ini telah mencapai tahap tertinggi pada ketika itu walaupun jumlah dos pemberian vaksin semakin meningkat.

"Khamis mencatat hari keempat berturut-turut penjualan bersih asing dalam minggu berkenaan walaupun pada momentum yang lebih perlahan, berjumlah RM24.7 juta bersih.

"Ini ialah kerana pelabur mula tenang selepas pengawal selia sekuriti China mengadakan mesyuarat dengan para eksekutif bank pelaburan global terkemuka pada malam Rabu bagi membincangkan langkah terbaru melarang bimbingan berunsurkan keuntungan dalam mata pelajaran teras yang diajar di sekolah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Adam berkata, peniaga asing terus meningkatkan aktiviti penjualan mereka dengan melupuskan RM325.1 juta bersih ekuiti tempatan pada Jumaat di tengah kenaikan kes Covid-19 global yang dicetuskan oleh varian Delta.

"Pada masa yang sama, pelabur akan terus memantau perkembangan politik di Malaysia,” katanya.

Setakat awal tahun sehingga hari ini, Adam berkata pelabur asing telah menjual sejumlah RM5.5 bilion untuk tempoh tujuh bulan pertama 2021 berbanding RM18.8 bilion bersih tahun sebelumnya. - Bernama