Penagih dadah positif Covid-19 akhirnya serah diri

Hanyan Ramlan
Hanyan Ramlan
A
A
A

KEMAMAN - Seorang penagih dadah yang melarikan diri dari rumahnya di Bandar Cheneh Baru di sini selepas didapati positif Covid-19, akhirnya menyerah diri di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) pada petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, lelaki berusia lingkungan 20-an itu tampil menyerah diri di Klinik Kesihatan Cheneh Baru iaitu salah satu lokasi yang dijadikan PKRC di kawasan berkenaan kira- kira jam 2.30 petang.

Beliau berkata, lelaki berkenaan disedari melarikan diri pada Sabtu apabila tidak berada di rumahnya ketika dipanggil untuk menjalani proses kuarantin, malah gagal dikesan.

"Lelaki berkenaan disahkan positif selepas menjalani ujian saringan bersasar yang dilakukan kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Mukim Bandi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan penagih dadah terbabit bertindak melarikan diri dari rumahnya kerana enggan menjalani proses kuarantin selepas didapati positif Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN:Penagih dadah positif Covid-19 enggan dikuarantin larikan diri

Artikel Berkaitan: