HappyFresh akan diperluas di Malaysia

HappyFresh bekerjasama dengan rakan kongsinya untuk melebarkan sayap ke lebih banyak kawasan di Malaysia.
HappyFresh bekerjasama dengan rakan kongsinya untuk melebarkan sayap ke lebih banyak kawasan di Malaysia.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Platform pembelian barangan runcit dalam talian terkemuka di Asia Tenggara, HappyFresh telah bekerjasama dengan rakan kongsinya untuk melebarkan sayap ke lebih banyak kawasan di Malaysia.

Pengarah urusan HappyFresh Malaysia, Hu Hun Hui berkata, antara kawasan dan negeri yang terlibat merangkumi Putrajaya, Cyberjaya, Rawang, Butterworth, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

Beribu pejabat di Jakarta dengan operasi di Malaysia dan Thailand, syarikat baru-baru ini telah menjana AS$65 juta (AS$1=RM4.22) untuk menjayakan rancangan pertumbuhannya.

"Daripada segi kualiti perkhidmatan yang lebih tinggi, kami telah memperluaskan kepelbagaian kaedah pembayaran dengan DuitNow untuk kemudahan pembayaran, sebagai tambahan kepada kaedah pembayaran tanpa tunai yang komprehensif sedia ada termasuk pembayaran menerusi kad kredit dan debit, pindahan bank serta pilihan e-dompet seperti GrabPay dan Boost," katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, beliau menambah tiada had perbelanjaan minimum untuk pelanggan tetap dan perkhidmatan ekspres akan diperkenalkan dalam beberapa bulan akan datang.

Aplikasi HappyFresh tersedia untuk dimuat turun di Apple AppStore dan Google Play Store. Untuk maklumat lanjut mengenai HappyFresh, boleh layari www.happyfresh.my. - Bernama

Artikel Berkaitan: