X

Kindly register in order to view this article
!

Takiyuddin semakin stabil selepas jalani prosedur angiogram

Perkongsian Tuan Ibrahim berhubung tahap kesihatan Takiyuddin menerusi Facebook beliau pada Isnin.
A
A

SHAH ALAM - Tahap kesihatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilaporkan semakin stabil selepas tiga jam menjalani prosedur angiogram.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Setiausaha Agung Pas itu turut memaklumkan bahawa doktor memasang sten pada saluran jantungnya yang tersumbat.

"Saya baru menghubungi Takiyuddin pagi ini (Isnin). Alhamdulillah beliau telah selamat menjalani pemeriksaan dan memaklumkan doktor telah siap memasang sten di saluran jantung yang tersumbat.

"Alhamdulillah semua berjalan lancar dan dijangka akan keluar dalam sehari dua ini. Teruskan berdoa agar beliau cepat sembuh sepenuhnya," tulis beliau menerusi Facebook pada Isnin.

Pada Jumaat, Takiyuddin dimasukkan ke Pusat Perubatan iHEAL, Kuala Lumpur akibat masalah jantung.

ARTIKEL BERKAITAN: Takiyuddin masuk hospital, jalani pembedahan jantung


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!