X

Kindly register in order to view this article
!

Gerakan tak perlu campur urusan BN

Jayaganesh
A
A

IPOH - Pemuda MIC Perak meminta Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) supaya berhenti mencampuri urusan Barisan Nasional (BN) dengan mengemukakan cadangan supaya parti itu menyertai Perikatan Nasional (PN).

Ketuanya, S Jayaganesh berkata, MIC mempunyai pimpinan tertinggi yang akan menentukan hala tuju parti itu tanpa perlu nasihat daripada pihak luar.

Jelas beliau, sebarang keputusan yang akan dibuat oleh pimpinan tertinggi terutama presiden parti akan mengambil kira segala kepentingan dan masa depan MIC.

"Bagi saya sama ada bersama BN atau menyertai PN itu urusan parti.

Terpulang kepada pimpinan untuk menentukan sebarang tindakan bagi memastikan MIC terus relevan.

"Kita di peringkat Pemuda MIC Perak menyerahkan kebijaksanaan pimpinan untuk membuat keputusan tanpa dipengaruhi pihak luar yang tiada kaitan dengan kami," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas syor Setiausaha Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Mak Kah Keong agar dua parti komponen BN iaitu MCA dan MIC keluar daripada parti berkenaan dan menyertai PN.

Jayaganesh berkata, fokus parti kini lebih terarah membantu rakyat yang berdepan cabaran dalam tempoh pandemik Covid-19.

Menurutnya, keperluan rakyat perlu menjadi keutamaan semua pihak ketika ini berbanding menyusun survival politik.

Dalam pada itu, Jayaganesh berkata, pihaknya kini sedang giat menjalankan program penghantaran bantuan keperluan makanan kepada keluarga yang memerlukan khususnya B40 di seluruh Perak.

ARTIKEL BERKAITAN: Gerakan syor MCA, MIC keluar dari BN sertai PN


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!