JKJAV buat keputusan tambahan vaksin Sinovac minggu ini

Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) akan membuat keputusan mengenai tambahan vaksin Sinovac minggu ini bagi menampung kadar vaksinasi harian yang tinggi.

Beliau berkata, purata pemberian vaksin harian sepanjang Julai ialah 398,843 dos, meningkat 136 peratus dari bulan sebelumnya.

"Seramai tiga juta warga emas telah menerima terima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin manakala 2.25 juta lagi telah lengkap vaksinasi.

"Warga emas di Lembah Klang yang belum terima vaksinasi boleh terus ke mana-mana pusat pemberian vaksin (PPV) secara 'walk-in'," katanya.

Beliau dalam pada itu berkata, Malaysia akan menerima sumbangan vaksin Covid-19 dari kerajaan United Kingdom minggu ini.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: