Salah guna kuasa, pengerusi koperasi direman tujuh hari

Suspek berusia 60-an direman tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.
Suspek berusia 60-an direman tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang pengerusi sebuah koperasi di negeri ini direman tujuh hari bermula Isnin bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes penyalahgunaan kuasa dan jawatan pada 2018.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Wan Aziantie Wan Ab Karim@Isa selepas membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu di sini pada Isnin.

Lelaki berusia lingkungan 60-an itu ditahan pada Ahad jam 3.50 petang di pejabat SPRM Terengganu ketika hadir memberikan keterangan.

Suspek selaku pengerusi koperasi berkenaan didakwa menggunakan jawatannya untuk melantik anaknya sebagai pengurus bagi sebuah syarikat milik penuh koperasi terbabit.

Suspek direman dan disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan: