MAIS seru semua pihak hormati bacaan ayat al-Quran, al-Fatihah

Abdul Aziz
Abdul Aziz
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyeru semua pihak termasuk orang Islam dan orang bukan Islam untuk sentiasa menghormati agama Islam sebagai agama Persekutuan.

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, ia termasuk menghormati bacaan surah al-Fatihah dan ayat suci al-Quran sama ada dalam majlis rasmi atau majlis tidak rasmi.

Beliau berkata, perkara tersebut perlu diberi penekanan apabila bacaan surah al-Fatihah serta ayat suci al-Quran dilaksanakan khusus kepada umat Islam yang meninggal dunia.

Menurutnya, agama Islam turut mengajar supaya menghormati di antara satu sama lain kerana ia sangat penting dalam tuntutan memuliakan dan berkasih sayang sesama manusia.

"Di Malaysia, budaya saling menghormati, hak kebebasan untuk beragama serta mengiktiraf Islam sebagai agama negara perlu dijadikan sebagai agenda utama bagi memastikan persaudaraan terus utuh dalam kalangan rakyat berbilang agama dan kaum.

Situasi hormat menghormati ini seiring dengan Rukun Negara yang kelima iaitu ‘Kesopanan dan Kesusilaan.

"Saya mewakili MAIS menyeru sekali lagi kepada semua masyarakat di Negeri Selangor khususnya dan Malaysia amnya sentiasa menghormati agama Islam serta mengurangkan perkara yang melibatkan sensitiviti dan perpecahan rakyat berbilang kaum dan agama dalam negara ini," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN:Wan Saiful selar ahli Parlimen DAP tidak tahu hormat

Artikel Berkaitan: