X

Kindly register in order to view this article
!

Panda gergasi lahir anak kembar di zoo Perancis

Gambar fail menunjukkkan beruang panda gergasi betina, Huan Huan di Zoo Beauval, Saint-Aignan pada 5 Mei 2021. - Foto Xinhua
A
A

SAINT-AIGNAN - Seekor beruang betina panda gergasi yang dipinjamkan dari China iaitu Huan Huan berjaya melahirkan dua ekor anak kembar pada Isnin, menurut Zoo Beauval.

Dua ekor anak kembar itu dilahirkan sekitar pukul 1 pagi.

Bapa anak kembar beruang itu Yuan Zi.

Presiden Zoo-Parc de Beauval di Saint-Aignan, Rodolphe Delord berkata, kedua-dua anak beruang panda itu berwarna merah muda dan amat sihat.

Huan Huan sebelum ini mempunyai seekor anak yang bernama Yuan Meng.

Yuan Meng kini mempunyai berat melebihi 100 kilogram dan akan dihantar pulang ke China tahun ini.

Panda itu dilahirkan di Perancis pada tahun 2017.

Setakat ini terdapat kira-kira 1,800 beruang panda gegerasi yang tinggal dalam habitat liar dan 500 lagi ekor dalam kurungan.

Nama dua ekor kembar panda yang baharu dilahirkan itu tidak akan dinamakan dalam tempoh 100 hari.

Peng Liyuan iaitu isteri Presiden China, Xi Jinping akan membuat pemilihan nama yang sesuai untuk kedua-dua anak kembar panda itu, kata pihak zoo. - Agensi


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!