X

Kindly register in order to view this article
!

Khalid Jamlus, Azmeer sedia bantu Perak FC

Khalid (gambar kecil) antara bekas pemain Perak yang tampil dengan hasrat mahu membantu pasukan Perak FC yang kini berada di kedudukan kedua tercorot Liga Super Malaysia. - Foto Facebook PERAK fc
A
A

IPOH - Beberapa bekas pemain Perak tampil dengan hasrat mahu membantu pasukan Perak FC yang kini berada di kedudukan kedua tercorot Liga Super Malaysia.

Antara yang menyatakan hasrat itu ialah bekas penyerang sensasi Perak, Khalid Jamlus dan bekas pemain pertahanan, Azmeer Yusof.

Khalid menerusi hantaran di Facebook berkata, bantuan itu akan diberikan tanpa sebarang bayaran bagi memastikan Perak FC kembali ke prestasi terbaik.

"Saya sudi menurunkan ilmu untuk pemain-pemain penyerang Perak untuk baki perlawanan yang ada dengan free.

"Aku nak Perak 'come back in track'. Saya akan bantu dengan penuh keihkhlasan," katanya menerusi hantaran itu pada Ahad.

Khalid membuat penampilan bersama Perak pada tahun 1999 sebelum menyertai Selangor pada tahun 2005 namun kembali ke Perak dua tahun selepas itu.

Sementara itu, Azmeer yang pernah menyarung jersi Perak pada tahun 2010 dan 2014 dalam komen di facebook berkata, dia turut sedia membantu pasukan Perak FC.

Beliau turut menyatakan kesediaan membantu Perak FC tanpa sebarang bayaran.

Tawaran yang dikemukakan kedua-dua bekas pemain itu turut mendapat perhatian penyokong Perak FC yang mahu pengurusan pasukan menimbang perkara itu.

Rata-rata penyokong menghargai kesungguhan bekas pemain Perak untuk itu untuk membantu pasukan kesayangan mereka.

Prestasi Perak FC dilihat semakin merosot ekoran dua kekalahan memalukan dengan Terengganu FC dan Johor Darul Ta'zim apabila dibelasah 5-0 dan hanya mencatat seri tanpa jaringan dengan Kuala Lumpur City FC dalam tiga perlawanan sebelum ini.

Pada Ahad, Exco Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Khairul Shahril Mohamed mengumumkan pelantikan bekas Pengurus Perak FC II, Azman Noh sebagai Pengurus Besar Perak FC.

Beliau yang juga Ahli Lembaga Pengarah Perak FC turut menyerahkan kepada Azman untuk membuat sebarang rombakan terhadap pemain dan pegawai bagi memperbaiki kedudukan semasa pasukan.

Artikel berkaitan: Azman Noh dilantik Pengurus Besar Perak FC


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!