Takiyuddin masuk hospital, jalani prosedur angiogram

Takiyuddin
Takiyuddin
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilaporkan sedang mendapatkan rawatan di hospital kerana masalah jantung sejak Jumaat lalu.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Setiausaha Agung Pas itu dipercayai mengalami masalah kesihatan jantung sehingga terpaksa menjalani prosedur angiogram selama tiga jam.

Takiyuddin dimasukkan ke Pusat Perubatan IHEAL, Kuala Lumpur dan dilaporkan telah menjalani angiogram pada Sabtu selama tiga jam disebabkan mempunyai tiga tempat yang tersumbat.

Beliau kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Takiyuddin pada minggu lalu didesak oleh pembangkang bagi menjawab status sebenar pembatalan Proklamasi Darurat yang diumumkan di Dewan Rakyat.

Desakan itu dibuat memandangkan ada pendakwaan berkaitan kesalahan bawah Ordinan Darurat masih berjalan sehingga hari ini.

Artikel Berkaitan: