Tidak dibenarkan masuk ke Parlimen: MP Sabah buat siaran 'live'

Wilfred turut merakamkan suasana ketika Mohd Shafie berucap dalam sesi 'live' di Facebook beliau. Gambar kanan: Foong Hin
Wilfred turut merakamkan suasana ketika Mohd Shafie berucap dalam sesi 'live' di Facebook beliau. Gambar kanan: Foong Hin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Beberapa ahli Parlimen dari Sabah memulakan sesi siaran secara langsung di Facebook rasmi bagi menyampaikan perkembangan terkini berhubung situasi mereka yang tidak dibenarkan masuk ke dalam Parlimen.

Antara yang kelihatan mulai membuat 'live' termasuk Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius yang berada di luar pekarangan Parlimen.

Menurut Foong Hin, tindakan menutup Parlimen sesuatu yang memalukan dan menidakkan hak mereka sebagai ahli Parlimen daripada menjalankan tugas rasmi sebagai hari terakhir Sidang Khas Parlimen.

"Dengan alasan (jangkitan) Covid-19. Sekarang jalan ke Parlimen pun disekat, bagaimana barang yang saya simpan di Parlimen, bagaimana saya mahu angkat (bawa) balik, saya sudah balik ke Kota Kinabalu.

"Memalukan, hari ini dalam sejarah di mana ahli Parlimen dinafikan hak kita untuk menjalankan tugas demi rakyat," katanya.

Turut bersama beliau dalam sesi live itu ialah Senator Adrian Banie Lasimbang dan beberapa ahli Parlimen lain termasuk ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham.

Sementara itu, Madius yang kini masih merakamkan sesi live beliau turut memaklumkan bahawa mereka sedang berkumpul selepas tidak dibenarkan memasuki Parlimen.

Kelihatan ahli-ahli Parlimen dan ketua-Ketua parti pembangkang termasuk dari Sabah berkumpul dan beberapa maklumat atau penjelasan berhubung situasi mereka turut disampaikan.

Artikel Berkaitan: