X

Kindly register in order to view this article
!

Gagal patuh SOP: DBKL keluar 16 kompaun

DBKL mengambil tindakan ke atas pemilik premis dan syarikat yang gagal mematuhi SOP ditetapkan. - Foto FB DBKL
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 16 kompaun dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada pemilik premis dan syarikat sepanjang satu minggu pelaksanaan Ops Patuh bermula 23 Julai lalu.

Tindakan penguatkuasaan itu diambil mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) selepas pihak terlibat gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

DBKL melalui Facebooknya memaklumkan, sepanjang tempoh berkenaan, pihaknya juga telah menjalankan pemeriksaan ke atas 170 premis dan syarikat yang dibenarkan beroperasi.

"Dalam tempoh sama, DBKL turut melakukan mengarahkan empat premis yang menjalankan aktiviti urutan seks ditutup," katanya.

Dalam pada itu, DBKL berkata, pelaksanaan Ops Patuh itu bagi memastikan tiada pihak melakukan pelanggaran Akta 342 dan peruntukan undang-undang lain dikuatkuasakan mereka.

Kenyataan itu turut menyebut, operasi berkenaan juga akan diteruskan dari masa ke masa sehingga pelaksanaan PPN ditamatkan.

"Tindakan ini diambil mengikut bidang kuasa DBKL dan SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," kata kenyataan itu.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!