X

Kindly register in order to view this article
!

Ringgit dibuka rendah pagi Isnin

Urus niaga ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi Isnin kerana kekurangan pemangkin di dalam negara.Gambar hiasan
A
A

URUS niaga ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi Isnin kerana kekurangan pemangkin di dalam negara.

Pada jam 9.14 pagi, unit tempatan menyusut kepada 4.2235/2265 berbanding penutupan urus niaga Jumaat pada paras 4.2190/2220.

Ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berpendapat ringgit akan terus diniagakan melepasi 4.20 di tengah-tengah meningkatnya kes Covid-19 di dalam negara meskipun kadar vaksinasi semakin menggalakkan.

"Selain itu, kurangnya pemangkin baharu di pasaran untuk hala tuju seterusnya akan menyebabkan tekanan menurun terhadap ringgit,” kata beliau kepada Bernama.

Sementara itu, unit tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1186/1210 daripada penutupan Jumaat 3.1189/1216 dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.8698/8740 daripada 5.8935/8977.

Bagaimanapun, unit tempatan itu lemah berbanding euro kepada 5.0120/0156 daripada 5.0181/0216, dan menyusut berbanding yen Jepun kepada 3.8511/8542 daripada 3.8502/8529. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!