Raih pendapatan dengan Kopi Sumac

Farizan menunjukkan Kopi Sumac yang sudah terjual 20,000 kotak sejak dilancarkan pada April 2020.
Farizan menunjukkan Kopi Sumac yang sudah terjual 20,000 kotak sejak dilancarkan pada April 2020.
A
A
A

ALOR SETAR- Syarikat Bumiputera Muslim, Hafana Food Industry (Hafana) tampil menawarkan pendapatan tambahan pada musim pandemik Covid-19 dengan modal serendah RM250 kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi ejen salah satu produk keluarannya, Kopi Sumac di seluruh negara.

Pengarah Urusan Hamdi Rich Sdn Bhd (Hamdi Rich), Farizan Zakaria berkata, Hafana juga mengambil inisiatif mengajak orang ramai untuk menjadi dropship produk tersebut secara percuma sahaja dengan lima kelebihan dan sokongan ibu pejabat.

Menurut beliau, syarikat yang beroperasi selama lapan tahun di Kuala Sungai, Alor Setar kini memberikan tumpuan kepada Kopi Sumac yang mendapat sambutan menggalakkan sejak dilancarkan pada April 2020.

Kopi Sumac dihasilkan dengan pemanis semulajadi tersebut bersama gabungan enam herba terpilih.
Kopi Sumac dihasilkan dengan pemanis semulajadi tersebut bersama gabungan enam herba terpilih.

"Hafana menyasarkan seramai 2,000 ejen dan 5,000 dropship untuk menyertainya dengan memastikan kira-kira 50,000 kotak Kopi Sumac dapat dijual sehingga hujung tahun ini.

"Sasaran ini didorong oleh sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai terhadap Kopi Sumac," katanya.

Farizan berkata, sebanyak 2,000 kotak sudah dijual walaupun negara berdepan dengan kemelut pandemik Covid-19.

“Kami juga mengadakan Kempen Kopi Sumac Merdeka sempena bulan kemerdekaan pada Ogos ini dengan menyasarkan setiap keluarga akan membeli dua kotak kopi ini.

Artikel Berkaitan:

“Kami mengalu-alukan orang ramai untuk menjadi ejen dan dropship. Dengan hanya bermodalkan RM250, mereka akan mendapat lapan kotak Kopi Sumac, diskaun sehingga 40 peratus semua produk di Hafana, bonus kumpulan, bonus kepimpinan dan juga bonus kerajinan,” katanya.

Mengulas lanjut, Farizan berkata, kekuatan Kopi Sumac adalah tiada kolesterol, protein dan lemak, rendah gula dan menggunakan pemanis semula jadi dari ekstrak stevia dan 'miracle fruit' yang dikenali Hafglos.

Jelasnya, pemanis semula jadi tersebut dengan gabungan enam herba terpilih iaitu ekstrak kurma, ekstrak delima, ekstrak acaiberry, ekstrak gac, ekstrak buah tin dan sumac mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Walaupun kopi ini tiada gula putih, merah dan gula perang namun masih mampu cepat memberikan tenaga segera kepada mereka yang minumnya, hilang letih dan lebih sihat. Kami tidak menggunakan 'taurine' dalam kopi ini,” ujarnya.

Sebahagian daripada 49 produk yang dihasilkan oleh Hafana Food Industry.
Sebahagian daripada 49 produk yang dihasilkan oleh Hafana Food Industry.

Menurutnya, kopi itu juga penuh dengan antioksidan, vitamin, mineral dan zink dalam membantu kesihatan tubuh badan mereka yang menikmatinya.

“Bagi mereka yang minum setiap cawan kopi ini, mereka akan merasa sedap, segar, enak dan santai walaupun tanpa gula putih. Kopi ini sesuai untuk semua,” katanya lagi.

Hasilkan produk OEM

Farizan berkata, pihaknya berpengalaman luas dalam mengeluarkan produk minuman, produk kesihatan dan produk kegunaan harian kerana mengeluarkan produk jenama sendiri (OEM) kepada hampir 50 syarikat yang mendapatkan khidmat mereka.

“Kami telah beroperasi sejak 2013 dengan hanya tiga orang kakitangan. Bermula 18 jun 2019, Hafana ditukar nama kepada Hamdi Rich dengan 34 kakitangan dan beroperasi di empat lot kedai.

“Kami menghasilkan 49 produk dan merangkumi produk harian seperti Kopi Sumac, Kokoha, Teh Uncang, Tigomalt, Nestum. Produk kesihatan pula seperti HaTea, Vitagrac, Jus Tujuh Biji, Flush Fibre, Reducho dan Pemanis Delite.

Seramai 2,000 ejen dan 5,000 ejen premium Kopi Sumac dicari seluruh negara oleh Hafana Food Industry.
Seramai 2,000 ejen dan 5,000 ejen premium Kopi Sumac dicari seluruh negara oleh Hafana Food Industry.

“Bagi produk dapur dan penjagaan diri pula adalah seperti pencuci pinggan, sabun mandi, syampu, bedak talcum, deodoran dan juga serum,” jelasnya.

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi ejen dan dropship Kopi Sumac boleh layari www.hafana.biz untuk maklumat lanjut atau menghubungi ibu pejabat dan juga ejen-ejen premium di seluruh negara.

Ibu pejabat dan ejen-ejen premium di seluruh negara:

1. Hafana HQ - 01157867249 dan 01120991035

2. Muhamad Azahari Mat - 0124400626

3. Armie Shamsudin Ismail - 0166315373

4. Mohd Radzi Abdon - 0125965172

5.Azila Abu - 0129789997

6.Noorazmirr Ahmad Khariry - 0135046727

7.Norliza Ismail - 0194565672

8.Ismail Mehat - 0194885427

9. Abdul Jalil Halidi - 0134594138