X

Kindly register in order to view this article
!

Boleh 'walk-in' terima vaksin di PPV terpilih mulai hari ini

Movenpick Hotel Convention Centre KLIA merupakan salah satu PPV yang memberi suntikan vaksin secara walk-in tanpa janji temu di Lembah Klang. - Foto Awani
A
A

KUALA LUMPUR - Penduduk di Lembah Klang yang ingin mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 boleh berbuat demikian apabila kaedah secara jumpa terus atau 'walk-in' akan mula dijalankan di beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terpilih, bermula Isnin.

Masa jumpa terus bermula pukul 2 petang setiap hari, tertakluk kepada hari operasi PPV masing-masing.

Menurut Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF), sembilan PPV terlibat memberi suntikan vaksin secara walk-in tanpa janji temu di Lembah Klang.

PPV tersebut adalah KL Convention Centre, HCO F, HCO G dan HCO H; Bangi Avenue Convention Centre; Hotel Wyndham, Klang; Dewan Tun Razak, Sabak Bernam; Dewan Komuniti Serendah; Movenpick Hotel Convention Centre KLIA dan Ideal Convention Centre, Shah Alam.

Khusus untuk umur 40 tahun ke atas atau golongan 'komorbid' (kumpulan berisiko tinggi untuk mengalami kesan yang teruk daripada Covid-19 sekiranya dijangkiti), vaksinasi jumpa terus akan bermula hari ini hingga 4 Ogos.

Manakala semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas di Lembah Klang boleh mendapatkan vaksin secara walk-in bermula 5 Ogos hingga 22 Ogos.

Untuk bukan warganegara, tarikh dibenarkan untuk jumpa terus bermula 9 Ogos dan hanya akan dijalankan di PPV Stadium Nasional Bukit Jalil.

CITF berkata, antara dokumen yang diperlukan ialah bukti menunjukkan lokasi bermastautin di Lembah Klang seperti alamat di kad pengenalan, lesen memandu, sebarang bil utiliti atau kad kredit, kad pekerja, kad pelajar, surat perjanjian atau lain-lain.

Golongan komorbid diminta membawa sebarang bukti yang menunjukkan mereka termasuk dalam kategori itu seperti kad rawatan atau kad janji temu.

Tambahan bagi bukan warganegara, mereka yang tidak mempunyai dokumen pengenalan atau perjalanan yang sah, akan melalui proses yang telah ditetapkan dalam satu Garis Panduan Pengurusan Pemberian Vaksin Kepada Individu Bukan Warganegara yang telah dikeluarkan oleh CITF

Pelaksanaan vaksinasi jumpa terus ini adalah berdasarkan 'siapa dahulu, dia dapat' bergantung kepada kapasiti bekalan vaksin di PPV dengan individu jumpa terus akan diletakkan di bawah 'senarai menunggu' untuk hadir semula pada keesokan harinya sekiranya bekalan pada hari berkenaan habis digunakan

Individu yang telah mendapat janji temu tidak dibenarkan untuk jumpa terus dan tidak dibenarkan untuk membatalkan janji temu yang diberikan bagi tujuan jumpa terus sekiranya janji temu sedia ada adalah pada tarikh yang akan datang. - Awani

Warga Lembah Klang boleh 'walk-in' terima vaksin di PPV terpilih mulai hari ini


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!