Ibu Amy Search meninggal dunia

 Ibu kepada penyanyi rock terkenal, Amy Search meninggal dunia pada jam 6 petang Ahad. - Foto Instagram akuamysearch
Ibu kepada penyanyi rock terkenal, Amy Search meninggal dunia pada jam 6 petang Ahad. - Foto Instagram akuamysearch
A
A
A

SHAH ALAM - Ibu kepada penyanyi rock terkenal, Amy Search meninggal dunia pada jam 6 petang Ahad.

Perkara itu dimaklumkan Amy menerusi status yang dimuat naik di Instagramnya.

"Doakan Ibu saya Hajjah Fatimah Haji Idris telah kembali kerahmatullah sebentar tadi (Ahad).

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.

"Insya-ALLAH arwah mak akan dimandikan esok (Isnin) jam 8 pagi di Masjid Kuning Kota Damansara dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9 Kota Damansara," katanya.

Amy memaklumkan, arwah ibunya menghembuskan nafas terakhir di di rumah anak saudaranya di Sunway Rimba Hills Kota Damansara, Petaling Jaya dan disahkan Penolong Kanan Hospital Sungai Buloh pada pukul 10.45 malam tadi.

Artikel Berkaitan: