Polis siasat dakwaan kegiatan kumpulan gengsterisme di Ipoh

Maklumat oleh pengguna Facebook yang tular di media sosial berkaitan kegiatan gangsterism di Ipoh. - Foto ihsan pembaca
Maklumat oleh pengguna Facebook yang tular di media sosial berkaitan kegiatan gangsterism di Ipoh. - Foto ihsan pembaca
A
A
A

IPOH - [DIKEMASKINI] Polis menubuhkan pasukan siasatan khas bagi menyiasat sebuah kumpulan yang didakwa aktif dengan kegiatan gengsterisme di sekitar Ipoh.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pasukan itu bertindak menyiasat maklumat yang didedahkan seorang pengguna Facebook yang tular di media sosial pada Ahad.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Ipoh memandang serius mengenai aduan yang diutarakan oleh individu ini.

"Bagi mengesahkan maklumat yang tular di media sosial, satu pasukan siasatan khas ditubuhkan bagi menyiasat kesemua maklumat yang diberikan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Bagaimanapun, Yahaya menasihatkan orang awam agar tidak mendedahkan identiti peribadi dan membuat aduan dengan menularkannya di media sosial demi keselamatan.

"Aduan atau maklumat tersebut sewajarnya dihantar melalui Pusat Kawalan Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2542222 atau ketua polis daerah Ipoh menerusi emel kpdipoh@rmp.gov.my.

"Selain itu, maklumat kegiatan jenayah boleh disalurkan ke ketua bahagian siasatan jenayah melalui emel kbsjdipoh@rmp.gov.my.

"Identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.

Artikel Berkaitan:

Dengan ini, polis turut berterima kasih kepada pemberi maklumat berhubung kegiatan itu," katanya.