X

Kindly register in order to view this article
!

Kalau nak berhimpun pun, bukan sekarang waktunya

A
A

DI Kemaman, sekumpulan lelaki dikompaun RM2,000 setiap orang kerana melanggar bermain prosedur operasi standard (SOP) kerana bermain sepak takraw.

Kemudian di Seberang Perai, 49 jemaah solat sunat Aidiladha di uar Surau Taman Pelangi, Juru direman sehingga empat hari. Juga kerana melanggar SOP.

Peliknya, tidak ada seorang pun peserta 'Keluar dan #Lawan' yang berkumpul di ibu kota pada Sabtu diberikan kompaun.

Jumlah yang hadir dianggarkan dalam lingkungan 400 orang. Kalau main sepak takraw kena kompaun, yang solat berjemaah pun kena, kenapa mereka ini boleh terlepas?

Janganlah double standard!

Merak Jalanan bukan mahu menuduh tapi meluahkan rasa tidak puas hati kerana ketika ini perhimpunan ramai dan aktiviti awam masih tidak dibenarkan. Kes Covid-19 juga masih tinggi.

Apakah peserta perhimpunan ini tidak sedar bahawa tindakan mereka itu sebenarnya boleh menyumbang kepada peningkatan kes Covid-19?

Ketika ini bukan masa sesuai untuk berhimpun susulan negara berdepan situasi getir bagi mengawal penularan wabak itu termasuk varian baharu Delta yang boleh merebak dalam tempoh 15 saat.

Mereka berisiko mencetuskan kluster baharu ekoran terlalu ramai berkumpul di satu tempat pada masa sama sukar untuk menjaga penjarakan fizikal.

Merak Jalanan nak cadangkan kepada pihak berkuasa di negara ini supaya ikut macam polis India. Mereka guna rotan dan sebat rakyat yang degil keluar rumah.

Kepada peserta perhimpunan, kalau mereka kata kerajaan gagal, anda semua juga gagal mengikut arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya duduk di rumah dan mematuhi SOP.

Merak Jalanan nak kongsi satu WhatsApp daripada seorang rakan yang berbunyi: "Rakyat bangkit berbaju hitam. Jangan dua minggu kemudian rakyat tak bangkit kerana diselimuti kain putih."


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!