X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Kes kategori 4, 5 berkurangan di Sarawak

Bilangan kes kategori empat dan kategori lima di Sarawak berkurangan daripada purata 268 kes sehari pada Jun 2021 kepada 150 kes sehari pada Julai 2021. (Gambar hiasan)
A
A

KUCHING - Bilangan kes Covid-19 yang memerlukan pemantauan dan rawatan rapi di Sarawak telah berkurangan selaras dengan peningkatan liputan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di negeri itu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed berkata, bilangan kes kategori empat (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen) dan kategori lima (kritikal serta memerlukan bantuan pernafasan) telah berkurangan daripada purata 268 kes sehari pada Jun 2021 kepada 150 kes sehari pada Julai 2021.

Beliau berkata, bilangan kes yang memerlukan rawatan kritikal turut menurun daripada purata 83 kes sehari pada Jun 2021 kepada 45 kes sehari pada Julai.

“Setakat 30 Julai 2021, jumlah kematian disebabkan oleh Covid-19 telah berkurangan daripada 108 kes pada Jun 2021 kepada 45 kes (Julai 2021),” menurutnya dalam kenyataan pada Ahad.

Dr Mohamed Sapian juga berkata, sehingga semalam (31 Julai), Sarawak telah mencapai liputan imunisasi Covid-19 yang tinggi dalam kalangan populasi dewasa iaitu sebanyak 86.7 peratus bagi dos pertama dan 66.6 peratus bagi dos kedua.

“Menjelang akhir bulan Ogos 2021, dijangka lebih 70 peratus populasi Sarawak menerima imunisasi Covid-19 yang lengkap,” katanya. - Bernam


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!