X

Kindly register in order to view this article
!

Jururawat tersepit ambulans kemalangan

Seorang jururawat cedera di kaki kiri akibat tersepit selepas ambulans dinaikinya terbabas. -Foto: ihsan Bomba
A
A

IPOH - Seorang jururawat cedera di kaki kiri akibat tersepit selepas ambulans yang dinaikinya terlibat kemalangan di Kilometer 285, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di Simpang Pulai di sini pada Ahad.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai, Johari Mohammad berkata, sepasukan 10 anggota bersama tiga jentera termasuk Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 5.41 petang.

“Setibanya di lokasi didapati sebuah ambulans milik syarikat swasta didapati terbabas menyebabkan kaki kiri wanita terbabit tersepit di bahagian penumpang.

“Anggota mengambil mangsa antara 15 hingga 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang berusia lewat 20-an itu dengan menggunakan peralatan menyelamat,” katanya ketika dihubungi media di sini.

Johari berkata, mangsa diberi rawatan awal dan dihantar untuk mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Difahamkan ambulans terbabit dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas menghantar pesakit di Gopeng.

"Pemandu ambulans didapati selamat dan kenderaan itu tidak membawa pesakit. Operasi ditamatkan pada jam 6.17 petang,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!