X

Kindly register in order to view this article
!

Kem askar wataniah antara kluster baharu di Sarawak

Hari ini, Sarawak mencatatkan sebanyak 578 kes baharu Covid-19. - Foto Bernama
A
A

KUCHING - Satu kluster melibatkan asrama di sebuah kem askar wataniah menjadi antara kluster baharu Covid-19 dikesan di Sarawak hari ini.

Kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan, pertambahan dua kluster hari ini menjadikan jumlah kluster aktif di negeri itu ialah sebanyak 85.

Menurut JPBN, Kluster 511 Sentosa merupakan kluster tempat kerja melibatkan asrama kem askar wataniah di Kota Sentosa, Kuching.

“Seramai 112 individu telah disaring di dalam kluster itu dan 12 didapati positif termasuk kes indeks manakala 100 orang didapati negatif,” katanya.

Kenyataan itu menyebut Kluster Kandis Pantu pula merupakan kluster komuniti melibatkan dua rumah panjang di kawasan Kandis, Lachau dan Rapak Panyau di Pantu, Sri Aman.

“Seramai sembilan orang telah disaring dan enam didapati positif termasuk kes indeks manakala tiga masih menunggu keputusan,” menurut kenyataan itu.

Hari ini, Sarawak mencatatkan sebanyak 578 kes baharu Covid-19. -Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!