X

Kindly register in order to view this article
!

Mohd Tamyes dikurnia gelaran Sahibul Fadhilah Al-'Alim Al-'Arif

Sultan Sharafuddin (kanan) berkenan mengurniakan pangkat gelaran Sahibul Fadhilah Al-'Alim Al-'Arif kepada Mohd Tamyes (kiri). - Foto ihsan FB Selangor Royal Office
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mengurniakan pangkat gelaran Sahibul Fadhilah Al-'Alim Al-'Arif kepada bekas mufti negeri, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.

Menerusi kemas kini di laman Selangor Royal Office pada Ahad, pengurniaan pangkat gelaran berkenaan adalah di atas jasa dan bakti sumbangan yang dicurahkan Mohd Tamyes selama 23 tahun di negeri ini.

Katanya, menerusi satu istiadat ringkas yang berlangsung di Istana Bukit Kayangan baru-baru ini, Sultan Sharafuddin turut berkenan melantik Mohd Tamyes sebagai Ahli Dewan Diraja Selangor bermula 1 Julai 2021 sehingga 30 November 2022.

"Baginda juga berkenan melantik beliau sebagai anggota Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bermula 1 Julai 2021 sehingga 31 Disember 2023," kata kemas kini itu.

Mohd Tamyes mula berkhidmat sebagai Mufti Selangor pada tahun 1998 dan memilih untuk tidak menyambung kontraknya yang tamat pada 19 Mei lalu.

Sultan Selangor sebelum ini turut berkenan bagi mengurniakan Darjah Kebesaran Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS) kepada Mohd Tamyes yang membawa gelaran Dato' Setia.

Sultan Sharafuddin sebelum ini berkenan untuk berangkat mengurniakan watikah pelantikan mufti negeri yang baharu kepada Datuk Dr Anhar Ophir di Istana Bukit Kayangan pada Khamis.

Dalam majlis sama, baginda turut berkenan menerima pelantikan Profesor Madya Dr Miszairi Sitiris sebagai Timbalan Mufti Selangor yang baharu.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!