X

Kindly register in order to view this article
!

23 lokaliti di Terengganu, Sabah dikenakan PKPD mulai Selasa

Sebanyak 23 lokaliti di Terengganu dan Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). - Foto Bernama
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 23 lokaliti di Terengganu dan Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Selasa ini.

Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, PKPD di Terengganu membabitkan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Anak Ikan, Mukim Jabi dan sembilan di Mukim Kuala Dungun iaitu Kubang Miang; Teratai; Teluk Lipat; Alor Tembesu; Sura Utara; Batu 48; Sura Gate; Bukit Chatak dan Tembesu Akar.

Menurut beliau, 11 lagi lokaliti lain membabitkan kawasan Mukim Sura, Dungun iaitu Batu 5; Sura Tengah; Alor Tempoyak; Taman Rakyat Jaya; Taman Delima Batu 6; Balai Besar; Sura Melati; Batu 7; Paya Balai Besar; Pak Sabah dan Sura Lapangan Terbang.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini. Maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my,” katanya dalam satu kenyataan mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan PKPD pada Ahad.

AKAN MENYUSUL


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!