Pesakit Covid-19 tak bergejala tidak perlu ke CAC

Pesakit Covid-19 tidak bergejala dinasihatkan supaya sentiasa kemaskini MySejahtera.
Pesakit Covid-19 tidak bergejala dinasihatkan supaya sentiasa kemaskini MySejahtera.
A
A
A

SEREMBAN - Penduduk daerah Seremban yang disahkan positif Covid-19 diminta untuk tidak ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) sekiranya tidak bergejala.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, pesakit hanya perlu mengasingkan diri serta-merta dan menjalani tempoh kuarantin di rumah.

Katanya, sepanjang tempoh itu, mereka hanya perlu memaklumkan keputusan ujian saringan menerusi aplikasi di MySejahtera.

"Sebaik makluman dikemas kini dalam MySejahtera, Digital Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO), akan diberikan.

"Pesakit tidak bergejala ini hanya perlu lengkapkan Home Assessment Tool (HAT) di MySejahtera setiap hari.

"Penilaian kendiri pesakit akan dipantau oleh CAC maya dan pesakit akan dihubungi jika perlu," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurut kenyataan itu lagi, peraturan terbaharu itu bagi memastikan pesakit tidak perlu menunggu lama di CAC untuk membolehkan pesakit yang bergejala teruk mendapat rawatan segera

Bagaimanapun, pesakit perlu segera ke hospital jika gejala menjadi semakin teruk.

Artikel Berkaitan:

Pesakit yang perlukan bantuan boleh hubungi CAC Call Centre 03-7723 9299 (jam 8 pagi hingga 9 malam setiap hari) atau CPRC Hotline 03-7723 9300 (jam 8 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari).

Pesakit yang perlu ke CAC terdekat untuk penilaian lanjut klinikal akan dimaklumkan melalui notifikasi di MySejahtera atau dihubungi Pusat Panggilan CAC.