X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

Suri rumah rugi RM165,731 ditipu bekerja dalam talian

Guo Nan menunjukkan iklan yang menawarkan peluang pekerjaan di laman sosial Instagram. - Foto ihsan pembaca
A
A

IPOH - Seorang suri rumah mengalami kerugian sebanyak RM165,731 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan peluang pekerjaan dalam talian pada 19 Julai lalu.

Mangsa dikenali sebagai Yenny, 50, berkata, dia cuba mencari pendapatan selepas terlihat iklan yang menawarkan peluang pekerjaan menerusi aplikasi Instagram.

Menurutnya, tertarik dengan bayaran harian sehingga RM8,000 sebagai pembantu dalam talian yang ditugaskan untuk meningkatkan jualan dan penarafan pedagang e-commerce.

"Saya diberi tugasan pertama dan kedua, namun perlu jelaskan pendahuluan sebanyak RM181 dan dipulangkan bersama komisen 10 peratus. Tetapi mulai tugasan yang ketiga dan seterusnya pelbagai alasan diberikan termasuk penalti kesilapan dan sebagainya.

"Saya terpaksa melaksanakan tugasan demi tugasan yang diberikan sekiranya ingin dapat balik bayaran pendahuluan sebelum ini," katanya menerusi sidang secara maya di sini pada Ahad.

Dia telah dihubungi lelaki mengaku sebagai pengurus besar yang meminta untuk membayar takaful insurans dan surat sumpah berjumlah RM37,000 untuk mendapatkan kembali bayaran pendahuluan.

"Saya sekali lagi minta lelaki dikenali sebagai Datuk Yong untuk bayar lagi RM30,000 sebagai deposit tetap supaya dapat kembali semua wang itu dan saya hanya mampu bayar RM10,000.

"Sepanjang tempoh sehingga 24 Julai lalu, saya telah memasukkan jumlah tersebut dalam sembilan akaun berlainan dengan 42 transaksi. Saya rasa diperdaya terus membuat laporan supaya polis dapat buat siasatan," katanya.

Yenny berkata, kini mengalami kemurungan apabila wang simpanan dan pinjaman daripada rakannya telah lebur ditipu sindiket itu.

Sementara itu, Ketua Pusat Perkhidmatan dan Biro Pengaduan MCA Perak, Low Guo Nan berkata, pemeriksaan mendapati kesemua nombor akaun tersebut mempunyai laporan polis.

"Akaun yang mempunyai laporan polis seharusnya dibekukan agar tiada mangsa lagi yang tertipu dengan taktik sindiket ini.

"Orang ramai diminta berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan sosial media yang menawarkan peluang pekerjaan lebih-lebih lagi ketika negara berada dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN)," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!