X

Kindly register in order to view this article
!

Muip realisasi impian Muhammad Fariz lanjut pelajaran

Dr Asmadi (kiri) menyampaikan bantuan kepada Muhammad Fariz bagi membolehkan remaja terbabit menyambungkan pengajiannya.
A
A

KUANTAN - Hasrat remaja 18 tahun gembira untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading tercapai apabila Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) tampil membayar yuran pengajiannya.

Muhammad Fariz Haikal Muhamad Firdaus tidak menyangka akan memperolehi bantuan itu sekali gus membolehkan dirinya bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

"Saya ingatkan impian untuk melanjutkan pelajaran berkubur disebabkan kesempitan hidup keluarga.

"Tetapi mimpi itu jadi nyata apabila ada pihak tampil menghulurkan bantuan kewangan bagi membayar yuran pengajian,” katanya pada Ahad.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) Muip, Dr Asmadi Abdul Rahman sebelum itu hadir ke rumahnya di Sungai Isap Dua di sini bagi menyampaikan sumbangan tersebut.

Menurut Muhammad Fariz yang sudah lama bercita-cita untuk melanjutkan pengajian di UMT bagi mencapai impian dalam bidang kejuruteraan perkapalan.

“Alhamdulillah atas bantuan Muip saya dapat mencapai impian ini. Buat masa inj saya akan meneruskan pengajian secara maya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

"Selepas selesai di peringkat Asasi STEM saya akan menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Mekanikal Seni bina kapal," kata bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah (SEMSAS) itu.

Sementara itu, Dr Asmadi berkata, bantuan pendidikan yang diberikan bagi membantu Muhammad Fariz melanjutkan pengajian ke UMT selepas mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaan SPM tahun lalu.

"Kami difahamkan, jika bantuan tidak diberi kemungkinan remaja berkenaan tidak dapat menerima tawaran UMT kerana keluarganya tidak mampu menyediakan kewangan yang cukup.

"Kami akan memantau Muhammad Fariz bagi memastikan dia terus cemerlang dalam pelajaran, bantuan kewangan akan disediakan sekiranya keadaan memerlukan," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!