X

Kindly register in order to view this article
!

[DIKEMASKINI] Mesyuarat Khas Dewan Negara ditangguhkan

Laporan Sinar Harian pada Sabtu.
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Mesyuarat Khas Dewan Negara yang dijadualkan pada 3 hingga 5 Ogos ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Menerusi notis dikeluarkan Setiausaha Dewan Negara, Muhd Sujairi Abdullah kepada Ahli-ahli Dewan Negara bertarikh pada Ahad, pejabat Yang Dipertua Dewan Negara telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung penangguhan persidangan berkenaan selaras Peraturan Mesyuarat 10(3) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara.

Katanya, penangguhan itu selaras dengan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah serta penilaian risiko semasa terhadap penularan wabak Covid-19 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Susulan perkembangan terbaharu penularan jangkitan Covid-19, KKM berpendapat bahawa Parlimen Malaysia merupakan lokaliti berisiko berlakunya penularan jangkitan itu," demikian menurut notis itu.

Pada Sabtu, Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin mengeluarkan notis kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat memaklumkan mengenai penangguhan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat, esok (2 Ogos) ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Pada Jumaat, Dr Noor Hisham dalam kenyataan dilaporkan berkata, 11 kes positif Covid-19 dikesan di Parlimen ketika berlangsungnya persidangan berkenaan dengan 10 kes positif dikesan melalui Kit Ujian Rapid Antigen (RTK Ag) menggunakan air liur manakala satu lagi menerusi ujian saringan Tindak Balas Berantai Polimerase Masa Nyata (RT-PCR). - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Sidang khas Dewan Rakyat Isnin ini ditangguhkan


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!