Covid-19: Dunia berisiko hilang kemenangan akibat varian Delta

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

GENEVA - Dunia berisiko berdepan kegagalan dalam memerangi Covid-19 akibat varian Delta yang mudah menular.

Bagaimanapun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yakin vaksin yang telah diluluskan tetap berkesan menangani varian tersebut.

Ketua Pengarahnya, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, jangkitan Covid-19 telah meningkat sebanyak 80 peratus selama empat minggu terakhir di kebanyakan wilayah di dunia.

Kes kematian di Afrika meningkat sebanyak 80 peratus dalam tempoh yang sama, kerana hanya 1.5 peratus penduduk diberi vaksin.

Menurut WHO, varian Delta dikesan di 132 negara dan ini menjadikannya varian global yang dominan.

Sementara itu, Pengarah Program Kecemasan WHO, Dr Mike Ryan berkata, vaksin yang diluluskan WHO semuanya memberikan perlindungan signifikan terhadap penyakit kritikal dan kemasukan ke hospital daripada semua varian Covid-19 termasuk varian Delta.

Dalam pada itu, Ketua Teknikal Covid-19 WHO, Maria Van Kerkhove berkata, varian Delta merupakan varian yang paling mudah tersebar setakat ini dengan 50 peratus lebih mudah ditularkan berbanding versi asal virus dikesan di China pada 2019.

Beberapa negara melaporkan peningkatan kes jangkitan Covid-19 akibat varian Delta. Awani

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!