DBKL sita lima premis warga asing

Antara yang disita menerusi tindakan penguatkuasaan terhadap warga asing pada Sabtu.
Antara yang disita menerusi tindakan penguatkuasaan terhadap warga asing pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita lima premis warga asing menerusi tindakan penguatkuasaan di sekitar Kampung Baru dan Kampung Datuk Keramat pada Sabtu.

Unit Media DBKL menerusi kemas kini di Facebooknya berkata, siasatan mendapati warga asing berkenaan menjalankan perniagaan dengan menyewa tapak dengan orang tempatan.

Menurutnya, kadar sewa yang dikenakan adalah antara RM500 hingga RM1,000 bergantung kepada keluasan sesuatu tapak.

"Tindakan sita dan tutup premis ini dilaksanakan di bawah Akta 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan satu sitaan mengikut UUK3(1) Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016.

"Dalam operasi sama, empat notis kesalahan turut dikeluarkan iaitu tiga notis di bawah UUK 20(1)(b) kerana menggajikan warga asing dan satu notis di bawah UUK3 (2) kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen," menurut kenyataan itu pada Ahad.

DBKL berkata, tindakan akan diteruskan dari masa ke masa dan meminta kerjasama warga kota menyalurkan maklumat mengenai aktiviti berkenaan secara dalam talian di https://adukl.dbkl.gov.my.

Artikel Berkaitan: